Tolok meter

Tolok meter adalah sejenis tolok landasan sempit dengan ukuran 1 meter atau 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in).[1] Tolok ini kini digunakan di sekitar 95,000 kilometer (59,000 bt) landasan di seluruh dunia. Ia digunakan di negara atau wilayah empayar jajahan Eropah seperti British, Jerman dan Perancis. Tolok dengan ukuran yang sedikit besar iaitu 1,009 mm (3 kaki 3 23⁄32 in) digunakan pada trem di bandar Sofia, Bulgaria.[2]